Foto saya
Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukn Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah..dan untuk beragama, rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Allah terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Klik iklan di sini

Ahad, April 22, 2012

Cermin Semalam

Ayuh!
kita bicara
ayuh!
belajar dariku
aku cermin semalam

Aku datang dari rentetan rindu dan pemikiran
ke satu hala tuju
yang ditakdirkan

Ayuh!
usah takut
di sana ada pilihan
yang kau buat dulu

Ayuh!
ke dasar silam
terang suram
sulam-menyulam

Aku
di sini
dalam hatimu

Jumaat, April 20, 2012

Bahasa Jalanan

Bahasa jalanan...
datang dari hamba yang kenal Tuhan
yang tahu berjuang
bukan igauan penyepak tin kosong
bukan mamai si penjerit atau pembawa sepanduk
apatah lagi yang bermain-main,berpesta dengan angin perjuangan

Bahasa jalanan mara ke depan
bersama jernih mata
bersama lapar di perut
bersama hati yang tunduk
bersama derap langkah yang tajam
membelah menyincang kezaliman

Aduh!
gas pemedih mata dan air pancut
janganlah mengajar aku menipu
atau jadi yang ditipu
kerana bahasa jalanan itu tulus
sangat kudus
bukan dongeng berkali mimpi

Bahasa jalanan...
sesekali meraung gempita bumi
sekali berderap langkah musuh lari
sekali bermula segala berakhir

Berbahasalah dengan bahasa Tuhan
pada tiap gerak jalan
pasti bahasa jalanan
mengungkap kemenangan

Bahasa jalanan...
ada dan mahal harganya
namun keghairahan
memurahkannya

Sabtu, April 14, 2012

Cinta ke Luhur Jiwa

Mencintaimu...
begitu rahsia
begitu sulit memaksa memelihara maruah ini

Bismillah...
adakah cintaku bermula?
adakah kau ada bersama?
adakah aku melamarmu?
adakah?

Sadaqallah...
benarkah aku?
benarkah cinta ini?
alam mana aku ini?

Dengan tiada mahar
aku meminta-minta
kau yang sudah jauh
meninggalkan rasa yang luhur ini

Kekasih...
sungguhpun aku bukan pilihan
aku mahu kau tahu
cinta ini hanya hadir di jiwa luhur

Tersungkur...
jatuh
terbenam
cinta yang dalam ke luhur jiwa ini
sampaikanlah Ya Rabbi
luhur.

Sabtu, Jun 04, 2011

Bukan Hanya Impian

Mari sahabat kita berjabat tangan

Walaupun ajaran kita berlainan

Tak perlu saling mengunggulkan

Berlumbalah membuat kebajikan

Kebenaran haruslah kita tuju

Kebatilan dijauhkan

Tak perlu bermusuhan

Siapa tahu di syurga kelak kita bertemu

Mengapa masih saling memaki

Mengapa ada saja yang dipertentangkan

Mengapa harus memaksakan

Bahkan saling membunuhi

Andaikan saja segenap anak bangsa

Saling menghormati, menghargai dan sedar diri

Semua kita adalah bersaudara

Ibu pertiwi kan tersenyum bahagia

Tiada lagi duka dan air mata

Pun buruk sangka

Ku ingin tersedar dari lamunan

Dan berkata ini bukan hanya impian

Khamis, Mei 12, 2011

Kerana Allah

Bukan dengan kuat gagahku

Namun kerana kasih-Mu

Kau yang menebus segenap jiwaku

Lewati badai tak ku ragu

Kerana kau tinggal dalamku dengan imanku

Ku berseru

Kaulah Raja, Allah Maha Perkasa

Syurga bumi pun menyembah

Sebab Firman-Mu terangi jalanku

Kaulah tuhan, Allah yang Maha Perkasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
How would you like to get $10 free? Nothing to buy! Visit GeoString.com