...Dr. Sukiman mendedahkan pentingnya tenaga nuklear untuk pembangunan masa depan dan keselamatan alam sekitar itu pada Syarahan Peranan Profesor UKM yang genap ke-100.
Menurutnya, penggunaan tenaga nuklear atau tenaga atom dianggap bahaya dan akan meledakkan saingan senjata nuklear yang mengancam keselamatan manusia adalah momokan negara maju dan kuasa besar yang suka menjajah.
“Pada hakikatnya tenaga nuklear adalah sumber paling murah dan selamat lagi efisien untuk manusia dan alam sekitar.
“Kegunaannya diperlukan dalam semua sektor sama ada perubatan, pertanian, industri dan perkilangan malah dalam pendidikan sekalipun, kerana ia bertindak sebagai penjana kuasa elektrik,” jelasnya.
Malah, penghasilan dalam teknologi nuklear juga cukup mudah. Misalnya proses pemecahan molekul air kepada hidrogen akan menghasilkan sumber tenaga.
“Kita memang kaya dengan sumber untuk membangunkan tenaga nuklear bagi menjana arus elektrik yang murah dalam memacu pembangunan dengan lebih selamat dan mesra alam.
“Di mana bahayanya penggunaan tenaga nuklear berbanding sumber tenaga yang dihasilkan melalui petroleum, gas dan arang batu,” soalnya.
Yang menjadi masalah sebagaimana yang menimpa Iran dan Korea Utara sekarang tegas Dr. Sukiman adalah kerana pembangunan nuklear yang mereka usahakan itu dikaitkan dengan menghasilkan uranium untuk membina senjata nuklear oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.
Sebab itu beritahu Dr. Sukiman lagi, Malaysia perlu bangunkan penghasilan tenaga nuklearnya dari sekarang agar kita memiliki reaktor kuasa tenaga atom sendiri menjelang tahun 2025.
“Pada ketika itu kita tidak dapat bayangkan berapa pula nilai minyak mentah di pasaran sekiranya sumber bahan itu masih ada dan mampu bertahan,” ujarnya.
Dipetik dari Utusan Malaysia
Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukan Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah.
- Muhammad Nazrin
- Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukn Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah..dan untuk beragama, rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Allah terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Klik iklan di sini
Sabtu, Mac 20, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
How would you like to get $10 free? Nothing to buy! Visit GeoString.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan