Kuhadapkan hati, jiwa ragaku kehadrat-Mu
Seraya syukur memuja asma'Mu
Mengemis sepucuk padi, mengiba sepancar sinar
Sejuk hati, tenteram jiwa, kala damai kian membelai
Namun ketika asap hitam kian menebal
Asap keindahan, kepedihan dan kegelapan
Meski ku berdiri tegap, segalanya bertabrakan
Ketika segumpal hawa berkobar dalam dada
dipacu segelintir mahluk api hina
Secuil takwa tenggelam diaduk darah yang mengalir dalam
Bagai tiada erti segenggam iman memeluk kalbuku
Aku seorang hamba yang tak kenal pahit dunia
Yang kutahu hanyalah sinar yang menyilaukan, menutup mataku
Ya Rabb, beri aku jalan, beri aku tangan
Kugapai bulan-Mu dalam gelap malam
Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukan Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah.
- Muhammad Nazrin
- Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukn Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah..dan untuk beragama, rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Allah terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Klik iklan di sini
Jumaat, Mei 14, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
How would you like to get $10 free? Nothing to buy! Visit GeoString.com
5 ulasan:
dan kepadaNYA kita berserah..
Indahh..
salam..
cik Atie..betul tu..kepada-Nya kita berserah..
kak Fida..keindahan itu kurniaan-Nya
Salam..ya Allah,sangat indah dan penuh makna.tak nak cuba publish puisi dalam mana-mana peraduan ke atau mana-mana platform yang berkenaan? kamu ada bakat laa..sangat suka dengan puisi2 kamu.
boleh buat satu puisi untuk saya jugak?hahaha,gurau jek.Seriously,sangat suka dengan puisi ni.Tahniah sebab dapat hasilkan satu puisi yang begitu cantik dan bagus!
salam Nazihah..
terima kasih byk2 atas pujian yg menggunung tu..sy amat hargai..
rasenye medan inilah dulu sy pamerkan puisi sy..belum terniat di hati nak sertai sebarang pertandingan..sbb sy rase sy masih lemah dan rmi yg lg bgus dr sy..
jdilah di blog sy mencurahkan penulisan sy..
puisi utk Nazihah ye..nnt sy cuba karangkan satu kalu diilhamkan dr Allah..insyaAllah..hehe=DD
Catat Ulasan