Bila angin kehilangan desirnya
daun-daun kering takkan mahu meluruhkan
tubuhnya
Bila langit kehilangan kebiruannya
burung-burung takkan mahu
mengepakkan sayapnya
Bila sungai kehilangan kejernihannya
ikan-ikan takkan mahu
mengibaskan ekornya
Bila bulan kehilangan sinarnya
malam-malam akan gelap
tanpa cahaya
Bila hutan kehilangan pohon-pohon
haiwan-haiwan kehilangan tempat
tinggalnya
Bila bukit kehilangan kehijauannya
sungai-sungai akan kering
selamanya
Bila petani kehilangan sawah ladangnya
kanak-kanak akan menitikkan
air mata
Bila manusia kehilangan kemanusiaannya
alam semesta akan tertimpa bencana
dan bertanya angin kering
"Perlukah memanusiakan manusia?".
Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukan Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah.
- Muhammad Nazrin
- Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukn Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah..dan untuk beragama, rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Allah terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Klik iklan di sini
Ahad, April 24, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
How would you like to get $10 free? Nothing to buy! Visit GeoString.com
2 ulasan:
ouh. ada puisi untuk ini eh. :)
perlu lah kann?
tapi sayang, manusia lebih suka 'menganjing' manusia daripada memanusiakan bangsa manusia itu sendiri. sabarlah :)
yeah. manusia perlu belajar jadi manusia.
Catat Ulasan