Hadirmu bagai angin
Yang datang tuk segarkan hari-hariku
Namun datang tuk sekejap saja.
Hadirmu bagai air
Datang tuk melegakanku
Lalu kau mengalir kembali dan meninggalkan aku.
Hadirmu bagai tanah
Yang menyuburkan ladang keceriaan di hatiku
Kemudian banjir datang dan membawanya pergi.
Dan hadirmu bagai api
Yang mencairkan hatiku yang telah membeku
Kemudian hujan datang tuk padamkanmu.
Aku adalah bumi
Dengan kau sebagai elemen yang mengisi duniaku.
Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukan Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah.
- Muhammad Nazrin
- Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukn Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah..dan untuk beragama, rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Allah terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Klik iklan di sini
Isnin, Mei 17, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
How would you like to get $10 free? Nothing to buy! Visit GeoString.com
7 ulasan:
Salam nazrin,
kerana elemen-elemen itulah.
manusia terpilih untuk menjadi khalifah dimuka bumi Allah ini.
subhanallah~
kerana adam dijadikan dari tanah dan kita dari adam...elemen yg cukup kuat berkaitan...kan?
puisi tentang hidup dan kehidupan UJ cukup suka...ada tema keinsafan kan?
teruskan berkarya ekk...pasal buku nak wat koleksi tu...UJ ada tahu tempat di JB ni, kalau nak cetak ...
mungkin nak wat eksklusif bukan untuk dijual...dan kos pun tak berapa tinggi sangat ... sebab UJ pernah cetak modul english yg UJ buat utk student2 UJ..
Nazrin...
Mendalam maksud puisi alam ni..
Macam ada kene dengan hidup akak pun yer;)
salam..
Abid..betul tu..kerana elemen tersebut kita dipilh menjadi khalifah..tapi semakin ramai pula yang sesat.
uncleJoe..
dari tanah kita diciptakan dan kepada tanah juga kita disemadikan..itulah kuatnya ikatan itu..
di mana ye uncleJoe??sbb rakan saya tu pun sedang mencari juga..JB di area mana tu?kalau harga menambat hati insyaAllah boleh dilaksanakan terus..
kak Fida..
puisi ni ada kena mengena hidup akak??kebetulan..ilham dtg utk menulis sebegitu rupa..=)
owhhh tempat tu JASAMAX kat taman U...so dekat area UTM...nazrin tahu la kan..skudai JB..
salam uncleJoe,,
saya tw tmpt tu..area taman U..
terima kasih uncleJoe..nnt sy inform pd kwn sy di JB
Catat Ulasan