Foto saya
Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukn Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah..dan untuk beragama, rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Allah terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Klik iklan di sini

Sabtu, Mei 08, 2010

Malaikat Syurgaku..Ibu



Dia yang dulu berbagi nafas denganku..
sampai sekarang tetap begitu..
Dia yang dulu berbagi raga denganku..
sampai sekarang kita menyatu..
Dia yang dulu berbagi lelah denganku..
ketika ini dia tak mahu..
Dia yang dulu berbagi nyawa denganku..
ketika ini dia tak ragu..

Tiada yang seteduh laku pandangmu..
membuatku tahu ada yang mereka sebut nirwana..
hingga aku tak takut melangkah di dunia..

Ku dengar saatku tertidur..
namaku kau sebut berulang kali hingga jatuh air matamu..
ku yakin kau berbincang dengan penciptamu..
sekali lagi ku yakin itu doa..
doa tulusmu padaku..

Maaf aku hanya diam membatu..
tak banyak membantu dalam hidupmu..
malah nyenyak menyandarkan bahu..
tanpa tahu bagaimana kau selalu bersenandung lagu tidur untukku..
kerana ku terlelap terlalu cepat..
hingga tersenyum pun tak sempat..

Kini..
aku bukan seseorang yang pantas merengek lagi..
tidak seperti dulu aku yang tak mahu tahu..
dirimu..
dirimu menangis saat rengekan pertamaku di dunia kau dengar..
tangis bahagia..
entah rengekan ku beberapa hari lalu..
tak sampai hati jika kau kini sendu..

Sedang aku hanya orang tak tahu malu..
malu akan sesuatu yang tulus..
mungkin selama ini..
aku diam..
kerana memang tak ada kata yang sepadan untuk mu..
dirimu..
dirimu..
adalah superior!!!
kerana perasaanmu seindah bahasa..
tak kenal usia..

di atas semuanya..
aku hanya ingin berucap..

“terima kasih”

untuk ibuku..
malaikat yang nyata bagiku.

Ku tulis puisi ini khas buat ibuku, Zailina binti Sapian dan buat ibu-ibu didunia ini. Selamat Hari Ibu!!
Aku sayang mama!!

9 ulasan:

N@zihah berkata...

Salam.Alhadulillah,kalau ibu kamu baca ni,mesti dia tersentuh,pandai kamu mengolah ayat,begitu puitis sekali.Semoga tetaplah kamu menjadi
anak baik yang slalu mengenang jasa ibu,tidak berubah sehingga akhir hayat.@_~

Muhammad Nazrin berkata...

salam Nazihah..
terima kasih Nazihah.ini semua ilham dari Allah..InsyaAllah moga doa awak itu diberkati dan dimakbulkan..
moga awak juga menjadi anak yang solehah dan sentiasa berbakti pada ibu bapa awak..

Afida Anuar berkata...

Nazrin..setiap hari..adalah hari ibu...

teringin nak jadi ibu..erkk..hehehe

btw,akak yang baca bait2 kata2 nazrin tu pun dah tersentuh habis..huhu

Muhammad Nazrin berkata...

salam kak fida..

betol tu kak..setiap hari adalah hari ibu..ibu merupakan insan yg paling mulia..

terima kasih kak atas pujian tersebut..sy amat hargai..

uj berkata...

syabas nazrin...puisi memang best...teruskan karya indah sebegini ekkk...kita kongsi bersama...hmm ada sedikit pandangan...apa kata kalau ia ditukar kan kepada dia...lebih memberi maksud pada manusia,malaikat atau hidup berbanding ia yang merujuk kepada benda jamad-tidak hidup...sekadar pandangan...anyway..puan zailina sapian...anda memiliki anak yang mulia...membahagiakn..insyaallah..

Muhammad Nazrin berkata...

salam uncleJOE..

betol juga pandangan uncleJoe tu..saya akan perbetolkan silap sy tu..terima kasih uncleJoe..tunjuk ajar uncleJoe amat sy hargai..

moga doa uncleJoe itu diberkati dam dimakbulkan Allah..insyaAllah..

terima kasih uncleJoe..

MS.JENDOOLAH berkata...

ibu.. :(

Muhammad Nazrin berkata...

salam saudari atie..

semua ibu sayangkan anaknya..itulah hakikat..anggaplah puan zailina sebagai ibu kamu..

kamu juga nnt seorang ibu..jadi puisi ini juga untuk kamu..

janganlah kamu bersedih ye..

MS.JENDOOLAH berkata...

terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
How would you like to get $10 free? Nothing to buy! Visit GeoString.com