Foto saya
Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukn Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah..dan untuk beragama, rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Allah terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Klik iklan di sini

Isnin, Jun 14, 2010

Palestina Yang Utama!

Palestina...
tidak pernah aman
saat mulanya hinggalah ke tika ini
tidak pula kamu berhenti berjuang
seakan-akan hidupmu cukup panjang
perjuanganmu bersinambungan berketurunan

aku tahu dirimu tidak berhenti menangis
meminta anugerah aman untuk diri
untuk tanah yang dicintai
dari sebesar-besar tanah
hinggalah sekecil-kecil tanah
yang kamu sendiri tidak jemu perjuangkan

tanahmu itu bersiramkan darah
berhujankan air mata
dirimu pula mengelak dari dihujani peluru
dan bermandi darah
tapi ada orang ambil peduli?
saudaramu sendiri leka dengan dunia mereka
mamai dengan nasib diri

bantuan inikah yang kita harapkan?
walaupun dirimu masih berjuang di sana
kami di sini,yang masih ingat pada kamu
berada di sisi kamu
menyokong perjuangan kamu
bersedia untuk bersama kamu!

kami di sini,yang masih ingat pada kamu
sentiasa memberi senjata doa untukmu
moga kamu,saudara kami selamat berjuang di sana
mungkin ramai sudah alpa
tapi tidak pada kami!
Palestina..
kamu yang utama!
kami bersama kamu!
menentang Zionis jahanam!

2 ulasan:

Aiza Abd Rahman berkata...

yah! ini puisi yg dtunggu2!

Muhammad Nazrin berkata...

salam aiza..

ye inilah yang dapat dizahirkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
How would you like to get $10 free? Nothing to buy! Visit GeoString.com