Foto saya
Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukn Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah..dan untuk beragama, rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Allah terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Klik iklan di sini

Sabtu, Jun 12, 2010

Perjuangkan Palestina!



tika saat hamba tersimpang jauh
tiada terlihat selembar cahaya kedamaian
hanya turuti arahan si nafsu
yang pasti dirajakan syaitan yang direjam
bertuhankan pula sang iblis laknatullah
ke mana akanku dibawa?
sudah pasti ke lembah durjana
tempat bersisikan mereka-mereka yang berdosa

Ya Allah,selamatkanlah hamba..
keluarkan hamba dari jalan hitam ini
pusatkan hamba di tempat kedamaian
kuatkan hamba dengan cahaya dari-Mu
sisikan hamba dengan rahmat-Mu
yang pasti hamba disedarkan..

kezaliman melata di bumi ini
di sini,di sana
bedanya cuma bagaimana zalim itu
hamba mula kenal dunia hamba
bukan lagi gelap gelita
kini disuluh pelita bercahaya
meskipun sekadar cukup untuk hamba menongkah
syukur itu utama hamba,setelah melihat cahaya
untuk hamba juangkan bersama saudara hamba
mempertahankan tempat suci hamba

tidak tertulis nama saudara hamba
yang telah pergi menghadap Illahi
perginya mereka bukan sia-sia
pertahankan tanah mereka yang kini bukan milik mereka
dari anak-anak kecil sampailah ke muda belia
mereka tidak kenal erti sentosa
kerna saban waktu mereka diperlihatkan
titisan darah dan air mata

saudara hamba bersarang peluru
ingin membalas dengan seketul batu
adilkah begitu?
penzalim tidak tahu keadilan
membuktikan betapa kejam si penzalim itu
baru kini dunia sedar kekejaman mereka
setelah bertahun lamanya saudara hamba bertarung di sana
maka saat inilah yang hamba nantikan
saat dunia Islam bersatu memisahkan diri dari kecamannya

cahaya yang dikurniakan bakal berguna
seruan hamba menyatukan saudara semua
jangan lagi dirisaukan kedudukan saudara
kerna pengakhiran mimpi bakal tiba
kehidupan abadi kian menghampiri
selepas cetusnya perang tentangan penzalim

satukan suara saudara!
bersatu perjuangkan nasib Palestina!

3 ulasan:

MS.JENDOOLAH berkata...

sesungguhnya aku punya senjata. doaku sentiasa untuk palestina.

Muhammad Nazrin berkata...

salam cik Atie..

doa itu senjata mukmin..tapi kalu kita bersatu,umat Islam seluruh dunia bersatu..Yahudi akan jadi pengecut..sbb Islam itu kuat bila Islam itu bersatu.

MS.JENDOOLAH berkata...

kuat itu same dengan jemaah subuh=jemaah jumaat. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
How would you like to get $10 free? Nothing to buy! Visit GeoString.com