Foto saya
Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukn Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah..dan untuk beragama, rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Allah terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Klik iklan di sini

Ahad, Ogos 15, 2010

Tuhan,

Aku yakin dengan segala kasih-Mu

Dan aku percaya akan semua sayang-Mu

Namun mengapa aku ini?

Selalu tak tahu diri

Apakah ada sesuatu yang mengunci hatiku?!

Sehingga aku lupa akan semua cinta-Mu


Tuhan,

Kau pasti selalu mendakapku

Namun aku tempikkan erti kehangatan-Mu

Apakah aku insan tak tahu membalas budi?!

Kurang bersyukur?

Selalu mencari dan berharap yang lebih

Bahkan tanpa terasa dan tak tersedari

Mungkin aku memohon selain kepada-Mu


Tuhan,

Andaikan aku selalu bersujud pada-Mu

Dan bersimpuh di dalam rumah-Mu

Tentu Engkau mahu menerima taubatku

Namun aku kadang merasa lain

Kerana banyak dosa yang kulakukan


Tuhan,

Aku tahu tangisku tak bererti bagi-Mu

Kini biarlah aku merenungi semuanya

Dan akan kucari pintu insafku

Tapi, aku yakin dan tak meragukan

Akan semua ampunan-Mu, Tuhan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
How would you like to get $10 free? Nothing to buy! Visit GeoString.com