Foto saya
Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukn Al-Quran dan As Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah..dan untuk beragama, rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Allah terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Klik iklan di sini

Jumaat, April 23, 2010

Demi Sesuap Nasi

terbaca dari matanya
luka sejarahmu pedih
muram langit bulan kini
desah angin punya cerita
tadi pagi korang bilang apa?

demi angka statistiknya politik
kemiskinan itu dijaga bunga hutang
tanggungjawab pemerintah diletak dimana?
jika di negerimu korupsi itu raja 'diraja'

maka berdoalah
semoga tak terjadi revolusi
banjir darah jangan terulang lagi

persatuan dikuatkan
belajar dari kesalahan
dan mahu berkorban
demi perubahan
dan keadilan
buat semuanya

kerana ini persoalan kita kita
menjaga persatuan bangsa

kerana musuh selalu rusuh
cemburu lagu padamu negeri
ribut diatur oleh pasar modal?

rindulah pada yang Satu!
tunjukkan keberanian
semangat kemerdekaan

merdeka atau mati
bukan hanya sekadar semboyan

realiti sekarang jurang kemiskinan
di atas tumpukan emas dan berlian
jutaan mulut menganga lapar, ngeces
liurnya adalah air suci pengorbanan
dipersembahkan buat tuan dan nyonya
sang pemodal bisnes kelas penindas!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
How would you like to get $10 free? Nothing to buy! Visit GeoString.com